usmkcp - tronoh
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Selangor haramkan program Islam Hadhari

2 posters

Go down

Selangor haramkan program Islam Hadhari Empty Selangor haramkan program Islam Hadhari

Post  arman 28/05/08, 04:56 pm

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang pertama selepas pilihanraya umum 8 Mac menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program yang ada kaitan dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di negeri itu.

"Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.
"Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali semasa menggulung perbahasan di hari akhir sidang DUN itu di Shah Alam Isnin.
Persuruhjaya PAS Selangor itu berkata semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.

Beliau mencabar mana-mana pihak supaya tampil memberikan bukti yang menunjukkan ada pemimpin PAS, termasuk dirinya yang membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya.

"Jika ada yang mendakwa saya atau pemimpin PAS yang membuat dasar janji ini, sila tunjukkan bukti, " katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu berkata, PAS yang bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat mahu mentadbir Selangor dengan menegakkan prinsip sama rata dan keadilan.

"Kita tidak mahu mengamalkan pentadbiran 30 peratus komisen, 50 peratus komisen atau memberi tender kepada kroni.

"Malah kita ubah tender yang diberi secara runding terus kepada tender terbuka kerana tidak mahu membuat dosa," katanya.- 26/5/2008
arman
arman

Posts : 71
Join date : 2008-05-22
Location : Shah Alam/Selangor

http://armanibrahim.blogspot.com/

Back to top Go down

Selangor haramkan program Islam Hadhari Empty Re: Selangor haramkan program Islam Hadhari

Post  AbgD.CM-BSB 02/06/08, 02:15 am

Rajin2 lah g dengar kuliah2...kat masjid2 dan surau2 skang nie dah tak de gam lagi...
barulah tak sia2 undi PR....
AbgD.CM-BSB
AbgD.CM-BSB

Posts : 33
Join date : 2008-06-02
Location : Saigon,Vietnam

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum