Air kencing berbuih

Go down

Air kencing berbuih

Post  Admin on 07/06/08, 02:39 pm

Dr.Ismail Thamby
Air kencing adalah bahan kotoran yang keluar daripada hasil tapisan buah pinggang. Jika banyak protein tercicir keluar dari buah pinggang, air kencing menjadi keruh dan kelihatan berbuih.

Protein biasanya tidak keluar dari buah pinggang kecuali sistem penapisan buah pinggang terganggu seperti keradangan sistem penapisan yang dikenali sebagai glomerulitis atau glomerulonephritis.

Masalah kesihatan dapat dikesan daripada air kencing. Pada zaman dulu, pakar perubatan mengenali kencing manis dengan membiarkan air kencing di lantai dan meneliti jika ada semut, ia memberi gambaran kandungan glukosa tinggi dalam air kencing.

Kadangkala air kencing dirasa atau dicium untuk mengenali penyakit tertentu saperti takungan ‘ketones’ hasil daripada metabolisme lemah untuk tenaga jika glukosa tidak dapat digunakan badan. Bau ‘ketones’ wangi dan rasanya juga manis.
avatar
Admin
Admin

Posts : 21
Join date : 2008-05-05

View user profile http://usmkcp.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum