nak invest dalam unit trust..??

Go down

nak invest dalam unit trust..??

Post  basri72 on 28/05/08, 12:37 pm

assalamualaikum..semua kepada kengkawan yg rasa rasa ada duit simpanan untuk nak invest for long term dalam unit trust..sila sila la hubungi saya.Saya adalah unit trust consultant under "Public Mutual" (public bank).Kepada sesiapa jugakyg nak tau kenapa kita perlu invest dalam unit trust..sila sila lah.Saya bersedia untuk menerangkannya. Ketahui kelebihan unit trust kepada kehidupan kita dimasa hadapan. Smile
avatar
basri72

Posts : 2
Join date : 2008-05-28

View user profile

Back to top Go down

Re: nak invest dalam unit trust..??

Post  arman on 28/05/08, 01:23 pm

ramai jugak consultant unit trust nih ya,
income ok kot?
avatar
arman

Posts : 71
Join date : 2008-05-22
Location : Shah Alam/Selangor

View user profile http://armanibrahim.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: nak invest dalam unit trust..??

Post  gi@NT on 29/05/08, 03:10 am

salam..
sila terang kan tuan...
lol!
avatar
gi@NT

Posts : 77
Join date : 2008-05-23
Location : hyderabad,india

View user profile

Back to top Go down

Re: nak invest dalam unit trust..??

Post  arman on 29/05/08, 06:37 pm

en. basri kena bagi summary skit nih.
avatar
arman

Posts : 71
Join date : 2008-05-22
Location : Shah Alam/Selangor

View user profile http://armanibrahim.blogspot.com/

Back to top Go down

Apakah itu unit trust

Post  basri72 on 02/06/08, 11:50 am

Dana unit trust adalah pelaburan terkumpul yang diuruskan secara profesional oleh pengurus dana. Pelabur yang mempunyai pegangan unit dalam sesuatu dana akan memberi tanggungjawab untuk mengurus dana unit trust tersebut untuk mencapai matlamat pelaburan yang tertentu. Biasanya matlamat utama sesuatu dana adalah untuk memberi pulangan yang melebihi purata kepada pelabur yang melabur dalam sesuatu dana unit trust. Tempoh pelaburan adalah untuk jangka sederhana dan panjang iaitu sekitar 3 tahun, 5 tahun atau lebih.

Selain potensi pertumbuhan modal, unit trust juga menawarkan manfaat-manfaat lain dibandingkan dengan kaedah pelaburan yang lain. Antaranya:

1. Kepelbagaian. Dengan melabur dalam pelbagai instrumen pelaburan, risiko yang dihadapi oleh pelabur adalah rendah. Ini berbanding risiko tinggi jika melabur secara langsung dalam pasaran saham
2. Pengurusan profesional. Dana unit trust akan melantik pengurus yang profesional dengan kemahiran pelaburan untuk memastikan dana diurus dengan baik.

3. Kecairan. Pemegang unit boleh membeli dan menjual unit mereka pada bila-bila masa hari bekerja. Hasil tunainya akan diperolehi dengan segera, biasanya dalam masa 3 hari.

4. Urus niaga mudah. Pelabur tidak perlu risau tentang urusan pentadbiran dan rekod pelaburan kerana ia diuruskan oleh mereka yang profesional.

5. Keuntungan modal. Pelabur unit trust juga berpeluang menerima keuntungan modal seperti dividen kerana dana tersebut juga biasanya melabur dalam sekuriti.

Pada amnya, unit trust boleh dibahagikan kepada 4 kategori utama:

1. Dana ekuiti. Sebahagian besar aset dana akan dilaburkan dalam saham untuk mencapai pertumbuhan modal.

2. Dana seimbang. Matlamat dana ini adalah untuk mencapai keseimbangan dalam pertumbuhan modal dan pendapatan. Maka dana akan dilaburkan secara seimbang antara pelaburan dalam saham dan sekuriti.

3. Dana bon. Matlamat dana bon pula memberikan fokus kepada pendapatan tetap, jadi sebahagian besar aset dana akan dilaburkan dalam sekuriti.

4. Dana pasaran wang. Pelaburan dalam debentur jangka pendek dan instrumen pasaran wang bagi menjamin pengagihan pendapatan tahunan kepada para pelabur.

cukup dulu setakat nie..nak tau lebih lanjut tentang public mutual boleh lihat di http://www.publicmutual.com.my/
avatar
basri72

Posts : 2
Join date : 2008-05-28

View user profile

Back to top Go down

Re: nak invest dalam unit trust..??

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum